Pada Ogos 2015, saya berpeluang bermusafir ke kota Konstantinopal. Inilah pertama kali menjejaki ke bumi yang pernah menjadi empayar kerajaan Islam yang masyur satu ketika dulu. Perjalanan dari KLIA menggunakan pesawat B777-200 yang dikendalikan oleh MAS dan mengambil masa selama 10.5 jam.
Setiba di lapangan terbang Antartuk, saya terus menaiki keretapi dari airport ke hotel dengan 2x pertukaran. Kemudahan perkhidmatan awam disini memang membanggakan dan effisien sekali. Setelah check-in di hotel dan menukar pakaian untuk ekspedisi santai hari pertama, saya terus bersiar2 menikmati permandangan yang indah antara 2 benua dan peninggalan sejarah byzantine, rome dan ottoman.