1."Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" ( Hadis riwayat Abu Daud)
2."Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
3. "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
4."Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." (Surah An-NAhl: 69)
5. Rasulullah bersabda ”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (Hadis riwayat Bukhari)
Dengan penuh keyakinan terhadap ajaran Islam yang murni, marilah kita sama-sama mencuba cara perubatan yang disarankan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w mudah-mudahan kita semua akan dapat manfaat dari Allah s.w.t.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment