Salam...
Penulis ingin mengingatkan pada diri sendiri agar meningkatkan usaha kearah mempertingkatkan ketaqwaan terhadap Allah s.w.t mudah2an kita mendapat petunjuk & hidayah daripadaNya kearah yang lebih cemerlang dalam mengharungi kehidupan dialam yang fana & sementara ini...
Peringatan sebegini senantiasa diulangi dalam permulaan khutbah jumaat setiap minggu & berapa ramaikah daripada kita mengambil iktibar seperti yang disarankan oleh khatib...
Bukankah nilai ketaqwaan yang tinggi telah dijanjikan habuannya oleh Allah s.w.t seperti firman Nya didalam surah An-Nur ayat 52 yang bermaksud:
Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. (52)
Mengikut pendapat Al-Imam Al-Ghazali, seseorang yang ingin mempertingkatkan nilai taqwanya hendaklah
memperbaiki budi pekerti & akhlak terlebih dahulu melalui 4 perkara:
1. Hikmat atau kebijaksanaan
2. Keberanian
3. Berlapang dada
4.Keadilan
Rasulullulah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud: "...perbaikilah akhlakmu"
Oleh itu, marilah kita memperbaiki ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t untuk mendapat kemenangan
didunia & diakhirat kelak.... InsyaAllah
Wassalam
No comments:
Post a Comment