Sunday, March 26, 2017

Masalah berkaitan dengan darah

          Kita harus waspada dengan tahap kesihatan demi kelangsungan hidup dibumi yang fana ini. Kehidupan didunia adalah sementara dan menjadi tempat persediaan untuk bekalan dihari akhirat kelak. Oleh itu, perlulah kita menjaga tahap kesihatan yang optimum bagi membolehkan kita berusaha untuk bertarqarrub dengan Allah swt.

Darah manusia yang tidak seimbang dari segi komposisi semulajadi, akan menyebabkan ganguan terhadap ekosistem tubuh badan. Lebihan komponen asing akan menyebabkan pelbagai ganguan dan penyakit dimana sekiranya tidak dibendung, akan menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.

Salah satu kaedah untuk memperbaiki komposisi darah dalam badan agar peredaran berjalan lancar dan penyembuhan secara semulajadi boleh berlaku secara normal adalah melalui berbekam. Ini sempena dengan hadis baginda Rasullullah saw seperti berikut:

Dari sunan Abu Dawud (hadis 3857), Abu Hurairah meriwayatkan "Jika ada sesuatu yang baik dari perubatan yang kamu lakukan, maka itu adalah bekam".

Allahu a'lam.

Wasallam.





Sunday, March 19, 2017

Perubatan secara holistik

      Berbekam adalah teknik khusus dalam perubatan Islam untuk memulihkan pesakit secara semulajadi tanpa meninggalkan kesan sampingan. Pendekatan bekam adalah terbaik kerana ianya disaran oleh nabi Muhammad saw dan sudah tentu mempunyai nilai penyembuhan yang terbaik dengan izin Allah swt. Mari kita lihat beberapa hadis berkenan proses ini:

1. Dari sunan Abu Dawud (hadis 3857): "Musa bin Ismail menyampaikan kepada kami dari Hammad, dari Muhammad bin Amr, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah bahwa Rasullullah saw bersabda, "Jika ada sesuatu yang baik dari perubatan yang kalian lakukan maka itu adalah bekam."



2. Dari sahih Al-Bukhari: "Kesembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: pertama dengan meminum madu, kedua dengan berbekam, dan ketiga dengan besi panas. Dan Aku tidak menganjurkan umatku untuk melakukan perubatan dengan besi panas."



3. Dari sunan Abu Dawud (hadis 3861): "Abu Taubah ar-Rabi' bin Nafi' menyampaikan kepada kami dari Sa'id bin Abdurrahman al-Jumahi, dari Suhail, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasullullah saw bersabda: "Siapa yang berbekam pada tanggal 17, 19, 21 (bulan Qamariah) maka itu akan menjadi ubat untuk segala penyakit."



Dalam melakukan bekam, titik titik aura panas pesakit mestilah dipastikan terlebih dahulu untuk memastikan proses pengeluaran toksin, darah dan angin panas dengan efektif and optimum. Hanya melalui kaedah ini yang dapat meng-optimumkan proses penyembuhan melalui berbekam dengan izin Allah swt. Kawasan sekitar titik bekam harus diurut terlebih dahulu untuk mendapat kesan yang terbaik. 

Selamat mencuba dan bertawakkal kepada Allah swt untuk segala proses penyembuhan.