Sunday, March 26, 2017

Masalah berkaitan dengan darah

          Kita harus waspada dengan tahap kesihatan demi kelangsungan hidup dibumi yang fana ini. Kehidupan didunia adalah sementara dan menjadi tempat persediaan untuk bekalan dihari akhirat kelak. Oleh itu, perlulah kita menjaga tahap kesihatan yang optimum bagi membolehkan kita berusaha untuk bertarqarrub dengan Allah swt.

Darah manusia yang tidak seimbang dari segi komposisi semulajadi, akan menyebabkan ganguan terhadap ekosistem tubuh badan. Lebihan komponen asing akan menyebabkan pelbagai ganguan dan penyakit dimana sekiranya tidak dibendung, akan menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.

Salah satu kaedah untuk memperbaiki komposisi darah dalam badan agar peredaran berjalan lancar dan penyembuhan secara semulajadi boleh berlaku secara normal adalah melalui berbekam. Ini sempena dengan hadis baginda Rasullullah saw seperti berikut:

Dari sunan Abu Dawud (hadis 3857), Abu Hurairah meriwayatkan "Jika ada sesuatu yang baik dari perubatan yang kamu lakukan, maka itu adalah bekam".

Allahu a'lam.

Wasallam.





No comments:

Post a Comment