Friday, February 25, 2011

Melayari pengurusan sumber manusia

Dalam mengurus kerja- kerja seharian di pejabat, kita tidak dapat lari dari pelbagai kecaman & tohmahan rentetan perasaan rakan sekerja yang rata-rata tidak puas hati terhadap imbuhan bulanan tanpa mengecapi kenaikan yang di harapkan selama 2-3 tahun kebelakangan ini.

Ini adalah lumrah kehidupan "makan gaji" kerana pelbagai isu yang diluar bidang kawalan kita (circle of control) termasuklah permasalahan berkenaan kenaikan gaji. Oleh itu, kita harus menanam suatu iltizam untuk keluar dari kepompong ini agar di masa hadapan kita dapat meluaskan dimensi bidang kawalan ini (CoC) demi meningkatkan kuasa ekonomi & autonomi dalam meniti usia yang semakin dewasa.

Setiap pekerjaan yang kita lakukan haruslah dilaksanakan dengan penuh kesungguhan & ikhlas sejajar sebagai seorang individu muslim demi untuk mendapat keberkatan dari Allah s.w.t kerana pekerjaan yg mencapai status ini sudah pasti merupakan salah satu bentuk ibadat disisi NYA.

Oleh itu, saya amat memberi penekanan yang mendalam dalam aspek dedikasi & ikhlas dalam setiap kerja harian yang kita lakukan kerana "real rewards" hanyalah datang dari Allah s.w.t melalui pelbagai perantaraan di dunia yang fana ini...

Huraian yang lebih lanjut akan dibentangkan lagi pada sesi akan datang kerana dihujung minggu, sudah tentu penekanan harus diberikan untuk aktiviti membabitkan keluarga & agama.

Ma'asalamah... KACM is logging off @ S7 SA

No comments:

Post a Comment