Friday, April 1, 2011

Aspirasi kepimpinan

Setelah melalui saat-saat genting didalam melaksanakan pekerjaan harian di pejabat, kita sering lupa akan pelajaran penting yang perlu ditekankan semasa menyelesaikan masalah tersebut agar ianya dapat dielakkan pada masa akan datang. Oleh demikian, kita sering melalui situasi yang sama walhal ianya telah dihadapi & amat dibenci sama sekali. Apakah penyebab kepada faktor ini berterusan dalam kehidupan kita. Ayoh, cuba kita fikirkan beberapa elemen yg disenaraikan seperti berikut:

1. Pemahaman tentang objektif tugasan & matlamat yang ingin dicapai
2. Kerjasama
3. Tanggung jawab setiap ahli dalam melaksanakan tugasan
4. Tarikh siap untuk tugasan
5. Kupasan
6. Penghargaan

Sememangkan amat mudah untuk menuding jadi & menyalahkan pihak lain keatas setiap kesilapan tetapi sekiranya kita berada didalam pasukan yang sama, perkara ini amat tidak relevan sama sekali!!!

Oleh itu, marilah kita sama-sama memastikan semua pihak bekerjasama dalam melaksanakan tugasan harian & saling membantu diantara satu sama lain agar ukhuwah kita sesama insan berterusan dengan harmoni.

Wassalam.... kacm@s7

No comments:

Post a Comment