Salam ya antum...
Setelah menelaah segala pendapat pakar ekonomi dunia, rupa2nya kita akan mengharungi kelembapan ekonomi sejagat tak lama lagi. Ini adalah rentetan masalah kewangan di eropah, hutang kerajaan Amerika yang tinggi mengunung, peralihan kuasa di timur tengah, peperangan di negara teluk yang masih berterusan tanpa tanda kesudahan, masalah kenaikan harga bahan mentah yang meruncing, bencana alam yang berpanjangan & pelbagai kerumitan mengenai politik tempatan dan global.
Oleh itu, harus lah kita menilai persediaan kita untuk mengharungi gelombang krisis ini agar tidak menjadi mangsa lambungan ombak ganas yang tidak mengenal belas kasihan.
Agak radikal sekiranya dicadangkan untuk kita kembali kepada keperluan asas sahaja tanpa segala kemewahan sekiranya kita ingin membuat persediaan secara drastik. Walaupun ini memang sukar dicapai secara mata kasar, tetapi tiada yang lebih penting untuk kita tidak mengambil tindakan yang pantas agar kita benar-benar bersedia untuk menghadapi masalah besar dalam ekonomi sejagat yang akan muncul tidak lama lagi.
Ayuh, mari bersedia dari saat ini agar kita sama-sama mampu mengharungi badai ekonomi dunia yang tidak mengenal mangsa & ketika.... Sebagai panduan untuk kita semua, dibawah ini adalah indikasi status tabungan sebagai persiapan awal:
0X Gaji bulanan - Parah
3X Gaji bulanan - Sederhana
6X Gaji bulanan - Baik
9X Gaji bulanan - Cemerlang
Selamat bersedia...!!!
-kacm
No comments:
Post a Comment