"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah swt daripada mukmin yang lemah" - HR Muslim
Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki diri sendiri kearah yang lebih sempurna & bagus setiap masa sehingga ke akhir hayat agar dapar memanfaatkan pesanan dari baginda Rasullullah saw demi menguatkan umat Islam diseluruh dunia.
Kita sememangnya umat yang terbanyak didunia tetapi alangkah baik sekiranya ini dapat diterjemahkan dalam erti kekuatan baik dari segi mental, fizikal, ilmiah, sumbangan, material dan pelbagai aspek kekuatan jasmani & rohani.
Alangkah rugi kalau kita tidak mengorak langkah dari sekarang untuk memartabatkan umat Islam dipersada dunia agar tidak mudah diperkotak katikan oleh bangsa kafir sepertimana yang sedang berlaku di Palestin & dunia Arab ketika ini.
Ayoh, mari kita mulakan dengan persediaan jasmani seperti beriadah bila ada kelapangan bak kata pakar perubatan dimana untuk menjamin minda yang sihat, kita perlu bersenam dengan mengeluarkan peluh sekurang2 nya selama sejam setiap hari. Mari pilih bentuk senaman yang sesuai dengan diri kita agar tidak memudaratkan fizikal semulajadi & dapat memanfaatkan sepenuhnya usaha kita kearah melahirkan muslim sejati seperti tuntutan junjungan besar baginda Rasullullah saw. Takbirrrr....
Wassalam
Saturday, September 24, 2011
Saturday, September 17, 2011
Persaraan awal
Setiap warga kerja yang bekerja untuk mendapatkan gaji bulanan sememangnya mengimpikan persaraan awal dalam kerjaya masing2. Ini semestinya untuk tidak mensia2kan usia singkat yang dikurniakan oleh Allah SWT agar kita dapat melaksanakan segala impian hidup didunia mahu pun diakhirat kelak.
Sudah menjadi buah mulut ramai bahawasanya, kita perlu mementingkan keluarga sebagai keutamaan nombor 1 seandainya kita mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh. Walaupun ramai antara kita beranggapan kerjaya sebagai tulang belakang kehidupan untuk menampung kehidupan bekeluarga, tetapi jarang antara kita yang benar2 merancang untuk keluar dari kepompong makan gaji sehingga lanjut usia kerana pelbagai alasan yang kita sendiri ketengahkan.
Ayuh, ramai pakcik & makcik kita yang selalu mencurahkan pengalaman lampau mereka bahawasanya bersara selepas umur 55 tahun tidak banyak mengubah halaju tuju mereka dalam mengejar kebahagian keluarga kerana faktor umur yang sudah tidak produktif & terbatas dengan pergerakkan aktif. Duit yang banyak pada waktu ini sudah tidak berapa bermakna kerana usia muda kita telah dibeli oleh syarikat awam & swasta tanpa kita sedari hakikatnya secara tidak langsung.
Cubalah kita renung2kan permasalahan kehidupan ini agar kita tidak menyesal pada kemudian hari kelak. Kita semua mampu bertindak & membuat keputusan masing2 agar dapat mencapai impian yang dicita2kan.
:) ....kacm

Saturday, September 10, 2011
Midlife crisis
Ramai orang mengatakan umur 40 adalah titik tolak dalam menentukan tabiat yang akan kekal pada diri seseorang individu sehingga akhir hayat nya. Ada juga yang mengatakan hala tuju karier yang akan kita ceburi sebenarnya bermula pada umur keramat ini. Dari segi saintifik, umur seseorang individu di katakan amat matang ditahap puncak maksimum 40-an keatas. Oleh itu, marilah kita sama2 mencuba untuk merealisasikan impian hidup kita disaat menempuhi saat ini yang mana ianya menjelma hanya sekali seumur hidup insan.
Bagaimanapun, marilah kita melihat tanda2 seseorang yang menghadapi dilema ini seperti berikut:
1. Perasaan berdebar2 untuk melakukan anjakan paradigma dalam kehidupan
2. Bertukar tabiat secara drastik dan agresif
3. Keinginan untuk melarikan diri dari kehidupan harian
4. Melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza dari lumrah harian
5. Naluri tinggi untuk menukar kerjaya mengikut kehendak hati
6. Keinginan untuk menikmati kehidupan yang biasa tanpa kemewahan duniawi
7. Perasaan yang tidak dapat dihuraikan dengan kata2
Sekiranya anda dalam persimpangan ini, berhati2 lah membuat keputusan seterusnya dan lihatlah dari persepktif yang besar agar keputusan anda dapat mencapai matlamat yang diimpikan. Yang penting, janganlah bimbang dalam menempuh titik permulaan yang akan membawa anda ke puncak kejayaan sebenar dalam kehidupan ini, insyaAllah...
selamat berjaya...!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)