Saturday, September 10, 2011

Midlife crisis

Ramai orang mengatakan umur 40 adalah titik tolak dalam menentukan tabiat yang akan kekal pada diri seseorang individu sehingga akhir hayat nya. Ada juga yang mengatakan hala tuju karier yang akan kita ceburi sebenarnya bermula pada umur keramat ini. Dari segi saintifik, umur seseorang individu di katakan amat matang ditahap puncak maksimum 40-an keatas. Oleh itu, marilah kita sama2 mencuba untuk merealisasikan impian hidup kita disaat menempuhi saat ini yang mana ianya menjelma hanya sekali seumur hidup insan.

Bagaimanapun, marilah kita melihat tanda2 seseorang yang menghadapi dilema ini seperti berikut:
1. Perasaan berdebar2 untuk melakukan anjakan paradigma dalam kehidupan
2. Bertukar tabiat secara drastik dan agresif
3. Keinginan untuk melarikan diri dari kehidupan harian
4. Melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza dari lumrah harian
5. Naluri tinggi untuk menukar kerjaya mengikut kehendak hati
6. Keinginan untuk menikmati kehidupan yang biasa tanpa kemewahan duniawi
7. Perasaan yang tidak dapat dihuraikan dengan kata2

Sekiranya anda dalam persimpangan ini, berhati2 lah membuat keputusan seterusnya dan lihatlah dari persepktif yang besar agar keputusan anda dapat mencapai matlamat yang diimpikan. Yang penting, janganlah bimbang dalam menempuh titik permulaan yang akan membawa anda ke puncak kejayaan sebenar dalam kehidupan ini, insyaAllah...

selamat berjaya...!!!

No comments:

Post a Comment