Saturday, September 17, 2011

Persaraan awal

Setiap warga kerja yang bekerja untuk mendapatkan gaji bulanan sememangnya mengimpikan persaraan awal dalam kerjaya masing2. Ini semestinya untuk tidak mensia2kan usia singkat yang dikurniakan oleh Allah SWT agar kita dapat melaksanakan segala impian hidup didunia mahu pun diakhirat kelak.

Sudah menjadi buah mulut ramai bahawasanya, kita perlu mementingkan keluarga sebagai keutamaan nombor 1 seandainya kita mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh. Walaupun ramai antara kita beranggapan kerjaya sebagai tulang belakang kehidupan untuk menampung kehidupan bekeluarga, tetapi jarang antara kita yang benar2 merancang untuk keluar dari kepompong makan gaji sehingga lanjut usia kerana pelbagai alasan yang kita sendiri ketengahkan.

Ayuh, ramai pakcik & makcik kita yang selalu mencurahkan pengalaman lampau mereka bahawasanya bersara selepas umur 55 tahun tidak banyak mengubah halaju tuju mereka dalam mengejar kebahagian keluarga kerana faktor umur yang sudah tidak produktif & terbatas dengan pergerakkan aktif. Duit yang banyak pada waktu ini sudah tidak berapa bermakna kerana usia muda kita telah dibeli oleh syarikat awam & swasta tanpa kita sedari hakikatnya secara tidak langsung.

Cubalah kita renung2kan permasalahan kehidupan ini agar kita tidak menyesal pada kemudian hari kelak. Kita semua mampu bertindak & membuat keputusan masing2 agar dapat mencapai impian yang dicita2kan.

:) ....kacm

No comments:

Post a Comment