Tuesday, July 24, 2012

Teh Pudina

Teknik semulajadi untuk mencuci usus

Kepada yang berminat untuk mencuba teh pudina, boleh lah menyediakan secawan teh 0 dari mana2 pengeluar teh bermutu dan tuangkan air panas mendidih kedalam cawan dan campurkan gula secukup rasa. Selepas dikacau, bolehlah masukkan daun pudina segar 10 helai. Biarkan selama 5 minit, barulah hirup sehingga habis semasa panas/suam. Amalan minuman ini boleh menyegarkan bau mulut & mengurangkan toxin didalam usus.

Selamat mencuba!

Monday, July 23, 2012

Teknik memilih saham

Sekiranya anda berminat untuk melabur dalam kaunter utama pada papan utama, pilihlah kompeni berdasarkan faktor asas yang kukuh demi menjamin kesinambungan prestasi syarikat pada jangka masa panjang. Antara ciri yang boleh diguna pakai ialah:

1. P/E < 15
2. Dividen > 8% untuk 5 tahun berturut2
3. Dividen yield > 6%
4. Trading volume > 500000 shares sehari
5. Market capitalization > RM 1billion
6. Shariah

Ini hanyalah beberapa faktor yang utama & jangan lupa mengenai sentimen pasaran serantau jugak banyak memainkan peranan dalam menentukan halatuju prestasi saham semasa.

Wassalam


Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem

Ramadhan kembali menjelma setelah sekian lama dinanti-nantikan kerana suasana sambutan pada tahun ini berbeza sama sekali dari sebelumnya. Inilah kali pertama penulis menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh semangat selepas berhempas pulas bekerja bertahun2 & akhirnya dapat menikmati ramadhan tanpa perlu bekerja makan gaji. InsyaAllah, peluang ini dapat dipergunakan sepenuhnya & dengan doa dan iltizam yang tinggi mudah2an dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk hamba mu menghayati keindahan ramadhan yang penuh rahmat & berkah dan mengambil iktibar dari aktiviti puasa yang penuh hikmah ini.

Pengalaman berpuasa di tanah suci Mekah & Madinah juga banyak meninggalkan iktibar & pengajaran mengenai disiplin diri dalam menjalankan ibadah ini. Berpuasa pada suhu 50+ C sambil melakukan tawaf pada siang hari telah mengajar erti pergorbanan besar yang telah dilakukan oleh Baginda junjungan besar kita, nabi Muhammad s.a.w, tentang syiar menegakkan Islam dibumi Arab yang telah terpaksa menempuh segala bentuk rintangan & dugaan yg tak terhingga, namun akhirnya, kejayaan jua yang Baginda kecapi.

Penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan taulan, sanak saudara & saudara seagama mudah2an puasa kita pada tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Marilah kita bermaaf-maafan sesama kita akan segala kesalahan yang lampau & terus maju dalam meningkatkan tahap keimanan kita terhadap Allah s.w.t


Wassalam

Ramadhan Kareem!






Tuesday, July 17, 2012

Raw fish - sashimi

Mixed sashimi @ shah alam

Food craving for some raw extravaganza that fulfill the appetite during lunch. Some people said this meal could boost our antibody level... and high of omega thingy!





Monday, July 16, 2012

Petai

Khasiat petai sebagai alternatif untuk ubat

Memakan petai sebagai ulam memang sudah menjadi amalan masyarakat melayu sejak berzaman lagi walaupun ianya memberi kesan bau yang kurang enak tetapi mudah untuk diatasi berbanding dengan pelbagai khasiat yang boleh diperolehi daripada petai. Berikut adalah beberapa kandungan dalam petai untuk kita kongsi bersama:

1. Protein
2. Vitamin B1/B6/B12
3. Sukrosa/Glukosa/Fruktosa
4. Zat Besi
5. Potasium
6. Magnesium
7. Agen anti-oksida
8. Lemak
9. Fiber

Elemen2 tersebut sudah cukup untuk kita memperolehi khasiat tambahan bagi meningkatkan kesihatan seharian tanpa merasa ragu2 tentang kesan sampingan dadah.

Ayuh, mari mulakan hari kita dengan sekeping petai agar kita dapat mengecapi nikmat kehidupan ketahap optimum.

Petai Tok Ayah Keruak