Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem

Ramadhan kembali menjelma setelah sekian lama dinanti-nantikan kerana suasana sambutan pada tahun ini berbeza sama sekali dari sebelumnya. Inilah kali pertama penulis menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh semangat selepas berhempas pulas bekerja bertahun2 & akhirnya dapat menikmati ramadhan tanpa perlu bekerja makan gaji. InsyaAllah, peluang ini dapat dipergunakan sepenuhnya & dengan doa dan iltizam yang tinggi mudah2an dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk hamba mu menghayati keindahan ramadhan yang penuh rahmat & berkah dan mengambil iktibar dari aktiviti puasa yang penuh hikmah ini.

Pengalaman berpuasa di tanah suci Mekah & Madinah juga banyak meninggalkan iktibar & pengajaran mengenai disiplin diri dalam menjalankan ibadah ini. Berpuasa pada suhu 50+ C sambil melakukan tawaf pada siang hari telah mengajar erti pergorbanan besar yang telah dilakukan oleh Baginda junjungan besar kita, nabi Muhammad s.a.w, tentang syiar menegakkan Islam dibumi Arab yang telah terpaksa menempuh segala bentuk rintangan & dugaan yg tak terhingga, namun akhirnya, kejayaan jua yang Baginda kecapi.

Penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan taulan, sanak saudara & saudara seagama mudah2an puasa kita pada tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Marilah kita bermaaf-maafan sesama kita akan segala kesalahan yang lampau & terus maju dalam meningkatkan tahap keimanan kita terhadap Allah s.w.t


Wassalam

Ramadhan Kareem!






No comments:

Post a Comment