Setelah sekian lama melihat fenomena kejadian alam ciptaan Illahi yang agung ini, penulis telah terlintas mengenai kejadian ruang udara yang amat menakjubkan.
Perjalanan menaiki pesawat jumbo merentasi ruang litup 10 ribu kaki dari aras laut telah membuka cetusan minda akan kehebatan ciptaan Allah s.w.t yang telah menjadikan permukaan udara daripada pelbagai lapisan udara, tekanan & suhu. Seterusnya, ini telah mencetuskan satu permukaan keselamatan buat lapisan bumi dari segala ancaman bahang cahaya dari angkasa lepas yang dihasilkan oleh pelbagai bintang termasuklah matahari. Malahan, ia juga mampu menapis beberapa radiasi & gelombang untuk menafaat penghuni bumi.
Setelah beberapa kali membaca & mengkhatam al-quran, terbuktilah persoalan ini telah dirungkaikan oleh Allah s.w.t untuk manusia memikirkan tentang keagungan ciptaanNya agar kita terus menghambakan diri ini terhadapNya.
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 32 yang bermaksud: "Dan kami menjadikan langit itu sebagai bumbung yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah s.w.t) yang terdapat padanya"
Benarlah sabda junjungan besar nabi Muhammad s.a.w mengenai kehebatan Al-Quran sebagai lautan ilmu yang perlu dikaji & dipraktikkan oleh umatnya untuk menegakkan kebesaran & kecemerlangan agama Islam dimuka bumi ini... La hawla wala quwwata illa billahil aliyil adzim!
kacm@s7
Sunday, October 28, 2012
Saturday, October 27, 2012
Option during retirement
Normally, people who retire from full time job will engage in following activities:
1. Spending quality time with beloved family, friends & inner circles
2. Being religious & charitable
3. Travelling & exploring
4. Pursuing favorite hobby
5. Being at home & meditating
6. Going back to class & acquiring new skillset
7. Keeping up with latest technology
8. Reinventing oneself
9. Live healthy lifestyle
10. Slowing down
All of those are some examples that we could explore but since we've ample time to work it perfectly... sky is always a limit! Come on guy, time is running out...

Tuesday, October 23, 2012
Kekuatan diri seorang muslim
Untuk menjadi seorang muslim yang mempunyai jatidiri yang sejati, seseorang itu mestilah memberi penekanan dari aspek berikut dalam kehidupan seharian iaitu:
1. Pengisian Rohani - kasih sayang daripada Allah s.w.t
2. Kestabilan emosi - kasih sayang daripada orang tersayang, sanak saudara, sahabat handai & muslimin/muslimat
3. Kecergasan fizikal - makanan & minuman yang sihat & berzat dan dari sumber yang halal untuk memberi tenaga harian yang berkat seterusnya mampu untuk menjalankan aktiviti harian yang aktif
Dalam menjalankan rutin harian, kita seharusnya menghindari dari aktiviti (soliciting) yang boleh menjuruskan orang lain daripada terpedaya dengan sebarang skim yang boleh merugikan atau menjejaskan pendapatan/simpanan mereka kerana ini akan mendorong kepada keruncingan emosi pelbagai pihak yang terlibat.
Kaedah2 terperinci untuk memenuhi 3 aspek yang disenaraikan diatas amatlah banyak seperti yang disarankan oleh junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w dan terpulanglah kepada kita untuk mengikut yang mana satu mudah2an amalan tersebut berkekalan sehingga keakhir hayat, insyaAllah....
kacM@s7

Saturday, October 13, 2012
Fenomena Mencuri Petai
Renungan sejenak...... buat yang beriman!
Sejak kebelakangan ini, aktiviti mencuri petai semakin menjadi-jadi di hulu Besut. Majoriti pencuri adalah dari golongan belia yang menganggap mencuri petai adalah perkara biasa dalam kehidupan harian mereka. Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berterusan ialah permintaan tinggi dari pembeli petai curi kerana harganya yang lebih murah dari pasaran. Amat malang sekali perkara seumpama ini berlaku di kawasan penduduk melayu yang beragama Islam & masyarakat setempat sudah tidak mampu untuk membendung aktiviti ini kerana ibu-bapa yang terlibat hanya membiarkan anak-anak mereka meneruskan kerja terkutuk ini demi sedikit RM $$$. Tidak terlintas langsung dibenak fikiran mereka akan soal dosa & malahan aktiviti ini tidak akan menjadikan mereka kaya raya. Apakah punca perbuatan ini adalah disebabkan ketagihan najis dadah yang telah membutakan pintu hati mereka??? Marilah kita sama2 berdoa & memohon kehadrat Allah s.w.t mudah2an mereka yang terlibat diberi hidayah & petunjuk kejalan yang benar... InsyaAllah... Lauhala wala kuwata illa billahil 'alihil 'adzim
Lihat keratan akhbar yang telah mendedahkan aktiviti terkutuk ini dikalangan anak muda hulu Besut:
Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menjatuhi hukuman tersebut selepas lelaki berumur 31 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Besut di sini, semalam.
Lelaki dari Kampung Seri Berangan itu ditangkap mencuri 226 papan petai milik penduduk di Kampung Belaoh pada jam 6.30 petang, Ahad lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, dia merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dan hukuman penjara berjalan daripada tarikh dia ditangkap. Dalam kes berasingan, seorang lelaki berumur 36 tahun dari Kampung Padang Landak, Jertih terpaksa meringkuk dalam penjara selama tujuh bulan selepas mengaku bersalah mencuri besi penutup longkang kepunyaan Sekolah Kebangsaan (SK) Pelagat.

Lelaki curi petai dipenjara sembilan bulan
Wartawan Sinar Harian
28 Jun 2012
KAMPUNG RAJA - Seorang lelaki berdepan penjara sembilan bulan sekiranya
gagal membayar denda RM3,000 angkara mencuri buah petai di Kampung
Belaoh, Keruak, Hulu Besut 24 Jun lalu.28 Jun 2012
Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menjatuhi hukuman tersebut selepas lelaki berumur 31 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Besut di sini, semalam.
Lelaki dari Kampung Seri Berangan itu ditangkap mencuri 226 papan petai milik penduduk di Kampung Belaoh pada jam 6.30 petang, Ahad lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, dia merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dan hukuman penjara berjalan daripada tarikh dia ditangkap. Dalam kes berasingan, seorang lelaki berumur 36 tahun dari Kampung Padang Landak, Jertih terpaksa meringkuk dalam penjara selama tujuh bulan selepas mengaku bersalah mencuri besi penutup longkang kepunyaan Sekolah Kebangsaan (SK) Pelagat.
Subscribe to:
Posts (Atom)