Setelah sekian lama melihat fenomena kejadian alam ciptaan Illahi yang agung ini, penulis telah terlintas mengenai kejadian ruang udara yang amat menakjubkan.
Perjalanan menaiki pesawat jumbo merentasi ruang litup 10 ribu kaki dari aras laut telah membuka cetusan minda akan kehebatan ciptaan Allah s.w.t yang telah menjadikan permukaan udara daripada pelbagai lapisan udara, tekanan & suhu. Seterusnya, ini telah mencetuskan satu permukaan keselamatan buat lapisan bumi dari segala ancaman bahang cahaya dari angkasa lepas yang dihasilkan oleh pelbagai bintang termasuklah matahari. Malahan, ia juga mampu menapis beberapa radiasi & gelombang untuk menafaat penghuni bumi.
Setelah beberapa kali membaca & mengkhatam al-quran, terbuktilah persoalan ini telah dirungkaikan oleh Allah s.w.t untuk manusia memikirkan tentang keagungan ciptaanNya agar kita terus menghambakan diri ini terhadapNya.
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 32 yang bermaksud: "Dan kami menjadikan langit itu sebagai bumbung yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah s.w.t) yang terdapat padanya"
Benarlah sabda junjungan besar nabi Muhammad s.a.w mengenai kehebatan Al-Quran sebagai lautan ilmu yang perlu dikaji & dipraktikkan oleh umatnya untuk menegakkan kebesaran & kecemerlangan agama Islam dimuka bumi ini... La hawla wala quwwata illa billahil aliyil adzim!
kacm@s7
No comments:
Post a Comment