Sejak kebelakangan ini, aktiviti mencuri petai semakin menjadi-jadi di hulu Besut. Majoriti pencuri adalah dari golongan belia yang menganggap mencuri petai adalah perkara biasa dalam kehidupan harian mereka. Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berterusan ialah permintaan tinggi dari pembeli petai curi kerana harganya yang lebih murah dari pasaran. Amat malang sekali perkara seumpama ini berlaku di kawasan penduduk melayu yang beragama Islam & masyarakat setempat sudah tidak mampu untuk membendung aktiviti ini kerana ibu-bapa yang terlibat hanya membiarkan anak-anak mereka meneruskan kerja terkutuk ini demi sedikit RM $$$. Tidak terlintas langsung dibenak fikiran mereka akan soal dosa & malahan aktiviti ini tidak akan menjadikan mereka kaya raya. Apakah punca perbuatan ini adalah disebabkan ketagihan najis dadah yang telah membutakan pintu hati mereka??? Marilah kita sama2 berdoa & memohon kehadrat Allah s.w.t mudah2an mereka yang terlibat diberi hidayah & petunjuk kejalan yang benar... InsyaAllah... Lauhala wala kuwata illa billahil 'alihil 'adzim
Lihat keratan akhbar yang telah mendedahkan aktiviti terkutuk ini dikalangan anak muda hulu Besut:
Lelaki curi petai dipenjara sembilan bulan
28 Jun 2012
Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menjatuhi hukuman tersebut selepas lelaki berumur 31 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Besut di sini, semalam.
Lelaki dari Kampung Seri Berangan itu ditangkap mencuri 226 papan petai milik penduduk di Kampung Belaoh pada jam 6.30 petang, Ahad lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, dia merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dan hukuman penjara berjalan daripada tarikh dia ditangkap. Dalam kes berasingan, seorang lelaki berumur 36 tahun dari Kampung Padang Landak, Jertih terpaksa meringkuk dalam penjara selama tujuh bulan selepas mengaku bersalah mencuri besi penutup longkang kepunyaan Sekolah Kebangsaan (SK) Pelagat.
No comments:
Post a Comment