Ramai pemimpin negara sekarang berucap mengenai membudayakan bahasa & bangsa melayu agar dapat memertabatkan jatidiri melayu di rantau ini. Tetapi malangnya, ia hanya sekadar rhetorik semata2 tanpa ada penekanan dari segi pelaksanaan dalam aktiviti harian.
Cuba kita perhatikan dalam aspek pekerjaan baik dalam sektor awam mahupun swasta. Bahasa melayu adalah terlalu janggal untuk diguna pakai secara rasmi dalam menghantar emel sesama rakan sekerja berhubung hal kerja harian kerana pihak atasan tidak menggalakkan sepenuhnya interaksi dalam bahasa kebangsaan ini. Sekiranya amalan ini berterusan, usaha untuk memertabatkan bahasa melayu dinusantara tidak akan tercapai sampai bila2 kerana masyarakat melayu sendiri sudah memandang rendah terhadap keupayaan bahasa ibunda nya sendiri dengan pelbagai alasan yang kita sendiri ketengahkan. Bak kata perpatah, tak nak seribu dalih, nak seribu daya.
Ketika pada zaman kegemilangan kesultanan melaka & kerajaan melayu pada suatu ketika dulu, pedagang2 dari segenap ceruk rantau dunia berusaha secara terkial2 untuk mempelajari bahasa kita agar dapat berdagang & seterusnya menakluk tanah melayu ini baik dari segi fizikal, mental mahupun amalan, dimana dapat kita lihat begitu banyak sekali tinggalan sejarah kesan daripada epik pahit ini. Nah, ini membuktikan kita kaya dengan pelbagai kurniaan Allah swt sehinggakan ramai bangsa asing ingin mengambil segala2nya daripada kita secara sedar atau tidak.
Oleh itu, marilah kita cuba memulakan usaha untuk memertabatkan bahasa ibunda agar ianya boleh kembali menjadi lingua franca dalam aktiviti harian kita baik dalam sektor korporat mahupun awam. Sekiranya kita tidak mahu menjadi agen perubahan, janganlah pula kita menjadi batu penghalang kepada pihak yang ingin meneruskan perjuangan kearah ini. Marilah sama2 kita berganding tenaga untuk mengembalikan kecemerlangan bangsa kita agar ianya tidak lapuk dek zaman.
Renung2kan lah wahai anak bangsa!!!...:)
No comments:
Post a Comment