Sunday, October 23, 2011

Warga madani atau berhutang...

Melihat keadaan lulusan universiti yang menamatkan pengajian dimenara gading baru-baru ini, ramai pihak ibubapa yang berbangga dengan pencapaian cemerlang anak mereka demi mengejar impian kerjaya masing2. Tetapi, alangkah malangnya sekira ramai dari kelompok graduan ini yang tidak mengendahkan pembayaran balik pinjaman pelajaran kerana merasakan ianya tidak lagi penting dan relevan dalam mencapai cita2 kehidupan di dunia ini.
Tanpa bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak peminjam, apakah graduan kita mampu merealisasikan misi pelajaran kerana bebanan yuran yang tinggi pada ketika ini? Oleh itu, haruslah kita menghargai bantuan ini agar ianya dapat diteruskan kepada generasi seterusnya dalam memberi peluang pembelajaran yang berterusan. Tanpa menerima pembayaran balik pinjaman pelajaran daripada pihak pelajar, adalah mustahil misi bantuan kewangan dapat diteruskan.
Pihak pelajar haruslah sedar akan peranan sebenar mereka untuk membantu semua generasi seterusnya untuk mengecapi kemudahan pinjaman pelajaran ini & mereka harus merealisasikan konsep "giving back to the society" dalam kaedah pembayaran semula pinjaman ini. Janganlah memulakan karier kerjaya kita dengan belenggu kewangan yang tidak berbayar kerana ianya akan memberi kesan negatif dalam mengejar kejayaan masing2.
Berhutang adalah keperluan dalam dunia masa ini tetapi keengganan untuk membayar bukanlah suatu pilihan yang bijak & kita tidak dapat lari dari belenggu tindakan undang2.
Oleh itu, renung2kanlah hakikat ini... Wassalam

No comments:

Post a Comment