Saturday, October 15, 2011

Warga pekerja abad millenium

Setelah bertahun2 lamanya bekerja makan gaji dipelbagai syarikat swasta, rupa2nya kita hanyalah sebahagian daripada koloni pekerja yang akan terus bekerja entah sampai bila titik noktahnya dalam kehidupan materialistik ini. Sampaikan kerajaan harus campur tangan untuk menentukan tahap umur persaraan individu bagi setiap negara kerana semua warga pekerja seakan2 telah mengabdikan diri mereka untuk terus bekerja sepanjang masa.
Ramai juga antara kita yang mengimpikan persaraan awal dikala usia 40-an tetapi perspektif ini masih belum boleh diterima pakai kerana kekangan mentaliti masyarakat kita yang mahu semua orang untuk terus bekerja & terus menyumbang kearah pembangunan ekonomi negara yang mensasarkan pelbagai objektif kemajuan seperti negara barat. Ramai golongan pekerja merasakan hidup mereka akan kebosanan sekiranya mereka tidak bekerja & aktiviti harian mestilah dipenuhi dengan melakukan pekerjaan dipejabat agar minda sentiasa peka & aktif.
Apakah ini benar? Apakah ini yang kita impikan dalam kehidupan kita didunia ini? Dimanakah saranan junjungan baginda Nabi Muhammad saw yang kita guna pakai dalam kontek bekerja? Apakah acuan barat yang kita agungkan...???
Kalau tak percaya, cuba kita lihat dari aspek pentadbiran urusan pejabat, pelbagai kaedah barat yang kita guna pakai dari segi pengurusan masa, dana, sumber manusia, kewangan dll.
Oleh itu, tidak hairanlah minda kita telah dipengaruhi oleh anasir ini agar membudayakan alam pekerjaan sehingga lanjut usia agar dapat merealisasikan impian segelintir ahli perniagaan yang senantiasa menguasai majoriti ekonomi rantau mahupun dunia.....
Renungkan lah ...  Wassalam.

No comments:

Post a Comment