Kita sememangnya perlu tidur setiap hari untuk merehatkan badan secara normal selari dengan ciptaan Allah s.w.t yang menjadikan siang dan malam untuk hambanya menghayati kebesaran Pencipta.
Pelbagai kajian ilmiah telah dijalankan oleh pakar-pakar perubatan mengenai keperluan tidur manusia bagi melunaskan keperluan harian mereka. Tidur dapat mengembalikan kecergasan individu baik dari segi fizikal mahupun mental melalui proses rembesan hormon yang silih berganti dijana oleh tubuh badan kita. Oleh itu, marilah kita menitik berat aspek keperluan tidur yang mencukupi bagi diri kita demi menjaga kesihatan semulajadi yang telah ditentukan oleh Illahi.
Mengikut penyelidikan pihak akademik terkini, jumlah waktu tidur berbeza bagi setiap individu mengikut peringkat umur & persekitaran kita seperti berikut:
1. Bayi - 12~18 jam
2. Kanak-kanak - 12~15 jam
3. Pelajar - 10~13 jam
4. Remaja - 8~10 jam
5. Dewasa - 5~7 jam
Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk dapat waktu tidur yang mencukupi agar kehidupan kita lebih harmoni & sihat dan seterusnya dapat merubah persepsi kita terhadap kehidupan ini. Pelbagai jenis penyakit dapat diubati sekiranya kita dapat memenuhi keperluan tidur seharian yang telah diciptakan secara semulajadi oleh Allah s.w.t
Wassallam
No comments:
Post a Comment