Sunday, October 2, 2011

Tidur

Kita sememangnya perlu tidur setiap hari untuk merehatkan badan secara normal selari dengan ciptaan Allah s.w.t yang menjadikan siang dan malam untuk hambanya menghayati kebesaran Pencipta.

Pelbagai kajian ilmiah telah dijalankan oleh pakar-pakar perubatan mengenai keperluan tidur manusia bagi melunaskan keperluan harian mereka. Tidur dapat mengembalikan kecergasan individu baik dari segi fizikal mahupun mental melalui proses rembesan hormon yang silih berganti dijana oleh tubuh badan kita. Oleh itu, marilah kita menitik berat aspek keperluan tidur yang mencukupi bagi diri kita demi menjaga kesihatan semulajadi yang telah ditentukan oleh Illahi.

Mengikut penyelidikan pihak akademik terkini, jumlah waktu tidur berbeza bagi setiap individu mengikut peringkat umur & persekitaran kita seperti berikut:

1. Bayi - 12~18 jam
2. Kanak-kanak - 12~15 jam
3. Pelajar - 10~13 jam
4. Remaja - 8~10 jam
5. Dewasa - 5~7 jam

Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk dapat waktu tidur yang mencukupi agar kehidupan kita lebih harmoni & sihat dan seterusnya dapat merubah persepsi kita terhadap kehidupan ini. Pelbagai jenis penyakit dapat diubati sekiranya kita dapat memenuhi keperluan tidur seharian yang telah diciptakan secara semulajadi oleh Allah s.w.t


Wassallam

Saturday, September 24, 2011

Muslim yang dominan

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah swt daripada mukmin yang lemah" - HR Muslim

Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki diri sendiri kearah yang lebih sempurna & bagus setiap masa sehingga ke akhir hayat agar dapar memanfaatkan pesanan dari baginda Rasullullah saw demi menguatkan umat Islam diseluruh dunia.

Kita sememangnya umat yang terbanyak didunia tetapi alangkah baik sekiranya ini dapat diterjemahkan dalam erti kekuatan baik dari segi mental, fizikal, ilmiah, sumbangan, material dan pelbagai aspek kekuatan jasmani & rohani.

Alangkah rugi kalau kita tidak mengorak langkah dari sekarang untuk memartabatkan umat Islam dipersada dunia agar tidak mudah diperkotak katikan oleh bangsa kafir sepertimana yang sedang berlaku di Palestin & dunia Arab ketika ini.

Ayoh, mari kita mulakan dengan persediaan jasmani seperti beriadah bila ada kelapangan bak kata pakar perubatan dimana untuk menjamin minda yang sihat, kita perlu bersenam dengan mengeluarkan peluh sekurang2 nya selama sejam setiap hari. Mari pilih bentuk senaman yang sesuai dengan diri kita agar tidak memudaratkan fizikal semulajadi & dapat memanfaatkan sepenuhnya usaha kita kearah melahirkan muslim sejati seperti tuntutan junjungan besar baginda Rasullullah saw. Takbirrrr....

Wassalam

Saturday, September 17, 2011

Persaraan awal

Setiap warga kerja yang bekerja untuk mendapatkan gaji bulanan sememangnya mengimpikan persaraan awal dalam kerjaya masing2. Ini semestinya untuk tidak mensia2kan usia singkat yang dikurniakan oleh Allah SWT agar kita dapat melaksanakan segala impian hidup didunia mahu pun diakhirat kelak.

Sudah menjadi buah mulut ramai bahawasanya, kita perlu mementingkan keluarga sebagai keutamaan nombor 1 seandainya kita mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh. Walaupun ramai antara kita beranggapan kerjaya sebagai tulang belakang kehidupan untuk menampung kehidupan bekeluarga, tetapi jarang antara kita yang benar2 merancang untuk keluar dari kepompong makan gaji sehingga lanjut usia kerana pelbagai alasan yang kita sendiri ketengahkan.

Ayuh, ramai pakcik & makcik kita yang selalu mencurahkan pengalaman lampau mereka bahawasanya bersara selepas umur 55 tahun tidak banyak mengubah halaju tuju mereka dalam mengejar kebahagian keluarga kerana faktor umur yang sudah tidak produktif & terbatas dengan pergerakkan aktif. Duit yang banyak pada waktu ini sudah tidak berapa bermakna kerana usia muda kita telah dibeli oleh syarikat awam & swasta tanpa kita sedari hakikatnya secara tidak langsung.

Cubalah kita renung2kan permasalahan kehidupan ini agar kita tidak menyesal pada kemudian hari kelak. Kita semua mampu bertindak & membuat keputusan masing2 agar dapat mencapai impian yang dicita2kan.

:) ....kacm

Saturday, September 10, 2011

Midlife crisis

Ramai orang mengatakan umur 40 adalah titik tolak dalam menentukan tabiat yang akan kekal pada diri seseorang individu sehingga akhir hayat nya. Ada juga yang mengatakan hala tuju karier yang akan kita ceburi sebenarnya bermula pada umur keramat ini. Dari segi saintifik, umur seseorang individu di katakan amat matang ditahap puncak maksimum 40-an keatas. Oleh itu, marilah kita sama2 mencuba untuk merealisasikan impian hidup kita disaat menempuhi saat ini yang mana ianya menjelma hanya sekali seumur hidup insan.

Bagaimanapun, marilah kita melihat tanda2 seseorang yang menghadapi dilema ini seperti berikut:
1. Perasaan berdebar2 untuk melakukan anjakan paradigma dalam kehidupan
2. Bertukar tabiat secara drastik dan agresif
3. Keinginan untuk melarikan diri dari kehidupan harian
4. Melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza dari lumrah harian
5. Naluri tinggi untuk menukar kerjaya mengikut kehendak hati
6. Keinginan untuk menikmati kehidupan yang biasa tanpa kemewahan duniawi
7. Perasaan yang tidak dapat dihuraikan dengan kata2

Sekiranya anda dalam persimpangan ini, berhati2 lah membuat keputusan seterusnya dan lihatlah dari persepktif yang besar agar keputusan anda dapat mencapai matlamat yang diimpikan. Yang penting, janganlah bimbang dalam menempuh titik permulaan yang akan membawa anda ke puncak kejayaan sebenar dalam kehidupan ini, insyaAllah...

selamat berjaya...!!!

Friday, August 26, 2011

Economic Distress - Q3/Q4 2011

We're facing with acute economic problems in recent months & more signs of falloff have becoming imminent. Disposable income for most people has been squeezed since inflation rate is growing rather faster than anticipated.

In global landscape, we're experiencing high commodity prices, negative employment rate, poor monetary policy, sovereign-debt crisis in major European countries, power struggle in middle east and many more to list...

With this in mind, we should take extra precaution in managing our daily budget by spending within our incomes with some extra saving. We should force at least 10% of saving from our nett income on monthly basis to ensure survivability in this turmoil period. The gloom is expected to last till early next year unless major big players in financial world take necessary steps to rectify the situation.

We should be cautious in next few months since economic recovery will take long time to adjust accordingly & there is long way to go for the better future... This is rather a myth to economist fundamental but the fact is there are so many people out there who is struggling to get enough food for their daily consumption. Millions of Africans are still fully depending on humanitarian aid package from united nation & other countries in order to survive in their homeland. To make it worst, internal conflict among them has prolong the economy recovery & no sign of reconciliation in near future.

All of these scenarios has shown how bad the surrounding that we're living today & we need a better leader to uphold human dignity so that everyone can live in harmony environment.

Be cool!

-kacm SA

Thursday, June 9, 2011

Perubatan menurut perspektif Islam

Islam telah menekankan aspek perubatan melalui hikmah dari hadis dan ayat-ayat suci al-quran seperti berikut:

1."Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" ( Hadis riwayat Abu Daud)


2."Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)


3. "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."


4."Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." (Surah An-NAhl: 69)


5. Rasulullah bersabda ”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (Hadis riwayat Bukhari)


Dengan penuh keyakinan terhadap ajaran Islam yang murni, marilah kita sama-sama mencuba cara perubatan yang disarankan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w mudah-mudahan kita semua akan dapat manfaat dari Allah s.w.t.

Wassalam.

Wednesday, June 8, 2011

Perubatan Islam

Ayat-ayat Rukyah untuk menyembuhkan penyakit dengan izin Allah s.w.t seperti berikut:

1 Al-Fatihah 
2 Al-Baqarah  1-5
3 Al-Baqarah  102
4 Al-Baqarah  163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)  255
6 Al-Baqarah  285-286
7 Ali-Imran  18-19
8 Al-’Araf  54-56
9 Al-’Araf  117-122
10 Yunus  81-82
11 Toha  69
12 Al-Mukminun  115-118
13 As-Soffaat  1-10
14 Al-Ahqaaf  29-32
15 Ar-Rahman  33-36
16 Al-Hasyr  21-24
17 Al-Jin  1-9
18 Al-Ikhlas 
19 Al-Falaq 
20 An-Naas 


Selamat beramal & berbakti pada masyarakat.... :)