Sunday, December 30, 2012

Medical Card in our daily activity

Medical cost is alarming..!!!

If we're not working with government, cost of medical expenses are extremely high nowdays even treatment in general hospital operated by ministry of health.

For instance, relative cost to treat critical diseases as below:

1. Cancer - RM20k - RM80k (Chemotherapy, radiotherapy, fisiotherapy & alternative medicine)
2. Stroke - RM10k - RM50k
3. GBS (nerve related disease) - RM40k - RM50k
4. Heart operation - RM50k - RM80k
5. Eye - RM10k - RM30k

If we don't have sufficient fund in our saving, imagine the hardship to go thru this stage with financial difficulty...

Better prepare than do nothing coz today living is full of stress that could lead to various health problem.

Think about it & act accordingly... wiser being always plan & anticipate ahead of any crisis and seek for divine assistantship. Be happy!


Monday, December 17, 2012

Memperbaiki nilai Taqwa kepada Allah s.w.t

Salam...

Penulis ingin mengingatkan pada diri sendiri agar meningkatkan usaha kearah mempertingkatkan ketaqwaan terhadap Allah s.w.t mudah2an kita mendapat petunjuk & hidayah daripadaNya kearah yang lebih cemerlang dalam mengharungi kehidupan dialam yang fana & sementara ini...

Peringatan sebegini senantiasa diulangi dalam permulaan khutbah jumaat setiap minggu & berapa ramaikah daripada kita mengambil iktibar seperti yang disarankan oleh khatib...

Bukankah nilai ketaqwaan yang tinggi telah dijanjikan habuannya oleh Allah s.w.t seperti firman Nya didalam surah An-Nur ayat 52 yang bermaksud:

Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. (52)

Mengikut pendapat Al-Imam Al-Ghazali, seseorang yang ingin mempertingkatkan nilai taqwanya hendaklah 
memperbaiki budi pekerti & akhlak terlebih dahulu melalui 4 perkara:

1. Hikmat atau kebijaksanaan
2. Keberanian
3. Berlapang dada
4.Keadilan

Rasulullulah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud: "...perbaikilah akhlakmu"

Oleh itu, marilah kita memperbaiki ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t untuk mendapat kemenangan 
didunia & diakhirat kelak.... InsyaAllah

Wassalam





Tuesday, November 20, 2012

Kes curi kelapa sawit

Penjenayah kampung sememangnya masih berleluasa menjalankan aktiviti mencuri tanpa mengira implikasi terhadap masyarakat mahupun diri mereka sendiri. Apa yang penting, mereka memperolehi wang dengan aktiviti terkutuk mereka tersebut. Lihatlah berita terkini mengenai kejadian mencuri buah sawit yang berlaku dinegeri dibawah bayu:


Curi buah kelapa sawit: Buruh Filipina dipenjara

20/11/2012 4:48pm

TAWAU — Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan ke atas seorang buruh ladang warga Filipina selepas dia mengaku bersalah mencuri buah kelapa sawit milik majikannya awal bulan ini.
Majistret Suhaila Selag membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh, John Saldi, 21, mengaku mencuri buah kelapa sawit seberat empat tan bernilai RM1,500 di Kebun Sawit Kalumpang, Jalan Kunak, pada 1 November lepas pada 1 petang.
John Saldi yang ditangkap pada 13 November lalu, pada 10.20 pagi, di sebuah rumah di Kampung Hidayat, Batu 4.5, Jalan Apas, didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Mengikut fakta kes, pada tarikh kejadian, kira-kira 7.30 pagi, tertuduh pergi ke kebun majikannya untuk menombak buah kelapa sawit sebelum dia dan dua lagi rakannya yang masih bebas mengangkut buah berkenaan keluar menggunakan lori.
Tertuduh kemudian mengarahkan dua orang rakannya itu menjual buah kelapa sawit berkenaan dan hasil jualan berjumlah RM400 itu kemudian dibahagi-bahagikan sesama mereka.— BERNAMA

Sunday, October 28, 2012

Ilmu dari al-Quran

Setelah sekian lama melihat fenomena kejadian alam ciptaan Illahi yang agung ini, penulis telah terlintas mengenai kejadian ruang udara yang amat menakjubkan.

Perjalanan menaiki pesawat jumbo merentasi ruang litup 10 ribu kaki dari aras laut telah membuka cetusan minda akan kehebatan ciptaan Allah s.w.t yang telah menjadikan permukaan udara daripada pelbagai lapisan udara, tekanan & suhu. Seterusnya, ini telah mencetuskan satu permukaan keselamatan buat lapisan bumi dari segala ancaman bahang cahaya dari angkasa lepas yang dihasilkan oleh pelbagai bintang termasuklah matahari. Malahan, ia juga mampu menapis beberapa radiasi & gelombang untuk menafaat penghuni bumi.

Setelah beberapa kali membaca & mengkhatam al-quran, terbuktilah persoalan ini telah dirungkaikan oleh Allah s.w.t untuk manusia memikirkan tentang keagungan ciptaanNya agar kita terus menghambakan diri ini terhadapNya.

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 32 yang bermaksud: "Dan kami menjadikan langit itu sebagai bumbung yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah s.w.t) yang terdapat padanya"

Benarlah sabda junjungan besar nabi Muhammad s.a.w mengenai kehebatan Al-Quran sebagai lautan ilmu yang perlu dikaji & dipraktikkan oleh umatnya untuk menegakkan kebesaran & kecemerlangan agama Islam dimuka bumi ini... La hawla wala quwwata illa billahil aliyil adzim!

kacm@s7

Saturday, October 27, 2012

Option during retirement

Normally, people who retire from full time job will engage in following activities:

1. Spending quality time with beloved family, friends & inner circles

2. Being religious & charitable

3. Travelling & exploring

4. Pursuing favorite hobby

5. Being at home & meditating

6. Going back to class & acquiring new skillset

7. Keeping up with latest technology

8. Reinventing oneself

9. Live healthy lifestyle

10. Slowing down

All of those are some examples that we could explore but since we've ample time to work it perfectly... sky is always a limit! Come on guy, time is running out...







Tuesday, October 23, 2012

Kekuatan diri seorang muslim

Untuk menjadi seorang muslim yang mempunyai jatidiri yang sejati, seseorang itu mestilah memberi penekanan dari aspek berikut dalam kehidupan seharian iaitu:

1. Pengisian Rohani - kasih sayang daripada Allah s.w.t

2. Kestabilan emosi - kasih sayang daripada orang tersayang, sanak saudara, sahabat handai & muslimin/muslimat

3. Kecergasan fizikal - makanan & minuman yang sihat & berzat dan dari sumber yang halal untuk memberi tenaga harian yang berkat seterusnya mampu untuk menjalankan aktiviti harian yang aktif

Dalam menjalankan rutin harian, kita seharusnya menghindari dari aktiviti (soliciting) yang boleh menjuruskan orang lain daripada terpedaya dengan sebarang skim yang boleh merugikan atau menjejaskan pendapatan/simpanan mereka kerana ini akan mendorong kepada keruncingan emosi pelbagai pihak yang terlibat.

Kaedah2 terperinci untuk memenuhi 3 aspek yang disenaraikan diatas amatlah banyak seperti yang disarankan oleh junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w dan terpulanglah kepada kita untuk mengikut yang mana satu mudah2an amalan tersebut berkekalan sehingga keakhir hayat, insyaAllah....

kacM@s7

Saturday, October 13, 2012

Fenomena Mencuri Petai

Renungan sejenak...... buat yang beriman!

Sejak kebelakangan ini, aktiviti mencuri petai semakin menjadi-jadi di hulu Besut. Majoriti pencuri adalah dari golongan belia yang menganggap mencuri petai adalah perkara biasa dalam kehidupan harian mereka. Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berterusan ialah permintaan tinggi dari pembeli petai curi kerana harganya yang lebih murah dari pasaran. Amat malang sekali perkara seumpama ini berlaku di kawasan penduduk melayu yang beragama Islam & masyarakat setempat sudah tidak mampu untuk membendung aktiviti ini kerana ibu-bapa yang terlibat hanya membiarkan anak-anak mereka meneruskan kerja terkutuk ini demi sedikit RM $$$. Tidak terlintas langsung dibenak fikiran mereka akan soal dosa & malahan aktiviti ini tidak akan menjadikan mereka kaya raya. Apakah punca perbuatan ini adalah disebabkan ketagihan najis dadah yang telah membutakan pintu hati mereka??? Marilah kita sama2 berdoa & memohon kehadrat Allah s.w.t mudah2an mereka yang terlibat diberi hidayah & petunjuk kejalan yang benar... InsyaAllah... Lauhala wala kuwata illa billahil 'alihil 'adzim

Lihat keratan akhbar yang telah mendedahkan aktiviti terkutuk ini dikalangan anak muda hulu Besut:

Lelaki curi petai dipenjara sembilan bulan
Wartawan Sinar Harian
28 Jun 2012
KAMPUNG RAJA - Seorang lelaki berdepan penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda RM3,000 angkara mencuri buah petai di Kampung Belaoh, Keruak, Hulu Besut 24 Jun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menjatuhi hukuman tersebut selepas lelaki berumur 31 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Besut di sini,  semalam.

Lelaki dari Kampung Seri Berangan itu ditangkap mencuri 226 papan petai milik penduduk di Kampung Belaoh pada jam 6.30 petang, Ahad lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, dia merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dan hukuman penjara berjalan daripada tarikh dia ditangkap. Dalam kes berasingan, seorang lelaki berumur 36 tahun dari Kampung Padang Landak, Jertih  terpaksa meringkuk dalam penjara selama tujuh bulan selepas mengaku bersalah mencuri besi penutup longkang kepunyaan Sekolah Kebangsaan (SK) Pelagat.


Wednesday, September 12, 2012

Petua - perut buncit

Beberapa amalan yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan kadar kebuncitan perut bagi golongan 40-an seperti berikut:

1. Pengambilan karbohidrat dikurangkan sebanyak 50% terutamanya nasi.
2. Senaman perut & kardio
3. Makan malam seawal yang mungkin (sebelum jam 7 malam)
4. Minum air suam sepanjang waktu
5. Makan buah2an sebanyak mungkin

Selamat mencuba!

Tuesday, July 24, 2012

Teh Pudina

Teknik semulajadi untuk mencuci usus

Kepada yang berminat untuk mencuba teh pudina, boleh lah menyediakan secawan teh 0 dari mana2 pengeluar teh bermutu dan tuangkan air panas mendidih kedalam cawan dan campurkan gula secukup rasa. Selepas dikacau, bolehlah masukkan daun pudina segar 10 helai. Biarkan selama 5 minit, barulah hirup sehingga habis semasa panas/suam. Amalan minuman ini boleh menyegarkan bau mulut & mengurangkan toxin didalam usus.

Selamat mencuba!

Monday, July 23, 2012

Teknik memilih saham

Sekiranya anda berminat untuk melabur dalam kaunter utama pada papan utama, pilihlah kompeni berdasarkan faktor asas yang kukuh demi menjamin kesinambungan prestasi syarikat pada jangka masa panjang. Antara ciri yang boleh diguna pakai ialah:

1. P/E < 15
2. Dividen > 8% untuk 5 tahun berturut2
3. Dividen yield > 6%
4. Trading volume > 500000 shares sehari
5. Market capitalization > RM 1billion
6. Shariah

Ini hanyalah beberapa faktor yang utama & jangan lupa mengenai sentimen pasaran serantau jugak banyak memainkan peranan dalam menentukan halatuju prestasi saham semasa.

Wassalam


Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem

Ramadhan kembali menjelma setelah sekian lama dinanti-nantikan kerana suasana sambutan pada tahun ini berbeza sama sekali dari sebelumnya. Inilah kali pertama penulis menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh semangat selepas berhempas pulas bekerja bertahun2 & akhirnya dapat menikmati ramadhan tanpa perlu bekerja makan gaji. InsyaAllah, peluang ini dapat dipergunakan sepenuhnya & dengan doa dan iltizam yang tinggi mudah2an dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk hamba mu menghayati keindahan ramadhan yang penuh rahmat & berkah dan mengambil iktibar dari aktiviti puasa yang penuh hikmah ini.

Pengalaman berpuasa di tanah suci Mekah & Madinah juga banyak meninggalkan iktibar & pengajaran mengenai disiplin diri dalam menjalankan ibadah ini. Berpuasa pada suhu 50+ C sambil melakukan tawaf pada siang hari telah mengajar erti pergorbanan besar yang telah dilakukan oleh Baginda junjungan besar kita, nabi Muhammad s.a.w, tentang syiar menegakkan Islam dibumi Arab yang telah terpaksa menempuh segala bentuk rintangan & dugaan yg tak terhingga, namun akhirnya, kejayaan jua yang Baginda kecapi.

Penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan taulan, sanak saudara & saudara seagama mudah2an puasa kita pada tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Marilah kita bermaaf-maafan sesama kita akan segala kesalahan yang lampau & terus maju dalam meningkatkan tahap keimanan kita terhadap Allah s.w.t


Wassalam

Ramadhan Kareem!






Tuesday, July 17, 2012

Raw fish - sashimi

Mixed sashimi @ shah alam

Food craving for some raw extravaganza that fulfill the appetite during lunch. Some people said this meal could boost our antibody level... and high of omega thingy!





Monday, July 16, 2012

Petai

Khasiat petai sebagai alternatif untuk ubat

Memakan petai sebagai ulam memang sudah menjadi amalan masyarakat melayu sejak berzaman lagi walaupun ianya memberi kesan bau yang kurang enak tetapi mudah untuk diatasi berbanding dengan pelbagai khasiat yang boleh diperolehi daripada petai. Berikut adalah beberapa kandungan dalam petai untuk kita kongsi bersama:

1. Protein
2. Vitamin B1/B6/B12
3. Sukrosa/Glukosa/Fruktosa
4. Zat Besi
5. Potasium
6. Magnesium
7. Agen anti-oksida
8. Lemak
9. Fiber

Elemen2 tersebut sudah cukup untuk kita memperolehi khasiat tambahan bagi meningkatkan kesihatan seharian tanpa merasa ragu2 tentang kesan sampingan dadah.

Ayuh, mari mulakan hari kita dengan sekeping petai agar kita dapat mengecapi nikmat kehidupan ketahap optimum.

Petai Tok Ayah Keruak


Monday, June 18, 2012

Retirement perception

Retire young is an option of being happy

The decision of quitting from permanent job is always perceived as an alternate choice of retiring from work force market either to gain more money or to be free from time sharing.

Both perception are always true but very few give a thought of retiring from labor force is actually the choice of being happier in life especially if you could retire at younger age, e.g 40.

Imaging if you retire at 60 compare to 40, what are the remaining option left in our life that we could fix any handicap (if any) or enjoy spending the time & money since most of the time we spent are working till we drop!

Definitely, if you opt to retire by 40, the planning should start as early as 25 where you have ample time to manage your financial goal effectively rather than hoping it will happen by luck!

Give it a shot, you'll never regret!


Sunday, June 17, 2012

Infusion tea for healthy heart

Ramuan teh untuk rawatan alternatif penyakit jantung

Kepada yang berminat untuk mengamalkan pengambilan teh herba yang dipercayai dapat mengubat & mengurangkan risiko penyakit jantung, bolehlah mencuba ramuan ini:

1. daun teh biasa (jangan guna serbuk teh hancur/uncang)
2. daun bidara - 3 helai daun tua
3. daun buah noni - 2 helai daun muda
4. daun pecah kaca - 1 helai daun muda

Untuk penyediaan harian, bolehlah dicampurkan sedikit madu lebah bagi menambah rasa agar ianya sedap dihirup secara panas/suam & yang paling penting, anda dapat menikmati "therapeutic effect" daripada daun herba ini.

Selamat mencuba & jangan lupa untuk dimulai dengan bismillah & selawat 3X. Tawakkal kepada Allah s.w.t yang Maha Penyembuh.... Wassalam!

Thursday, June 14, 2012

Durian

Seni makan durian

Menikmati durian memerlukan pelbagai kemahiran bermula daripada memilih, membuka, memakan dan yang paling penting menghindar dari kesan sampingan selepas memakan durian.

Pelbagai jenis durian boleh didapati di pasaran tempatan tetapi yang mendapat tempat dihati penulis adalah beberapa spesis berikut:

1. Durian Kunyit
2. Durian Udang merah
3. Durian Ghenor
4. Durian 101
5. Durian Sami
6. Durian Tekka

Durian dari pokok tua (>70 tahun) dan ditempat berbukit atau cerun amatlah enak sekali dengan tekstur yang menarik peminat tegar untuk dinikmati!

Selamat menyambut musim durian yang telah bermula dari bulan jun hingga oktober...









Wednesday, June 13, 2012

Kelapa Sawit

Spesifikasi penanaman kelapa sawit

Spesis DxP seperti sime darby, guthrie, Yangambi dll
Jarak antara anak pokok 30'x30'
Jumlah anak pokok seekar ialah 55 batang
Pembajaan setiap 3 bulan
Pengambilan buah sebanyak 2x sebulan
Hasil seekar 1 tan/pengambilan
Tempoh matang ialah 3 tahun untuk pengambilan pertama
Tempoh usia pokok ialah 25 tahun









Cicak Tokek

Cicak Tokek/Pokke/Gecko

Setelah melihat sendiri spesis cicak yang dikatakan menjadi bahan buruan ramai ini, dapatlah dirumuskan bahawasanya masih belum dapat disahihkan akan keberkesanan penyelidikan pihak tertentu dalam mengaplikasikan cicak tokek untuk menjadi bahan penawar bagi kesan radiasi nuklear mahupun penyakit aids.

Spesifikasi cicak yang dikehendaki mestilah melebihi 17 inci & berat minima 300 gram. Harga runcit adalah RM70k seekor. Bukan mudah untuk mencari kategori ini dan ianya haruslah didapati dari habitat semulajadi. Pelbagai analisis akan dilakukan oleh pihak pembeli untuk memastikan cicak tersebut membesar secara semulajadi tanpa sebarang bantuan daripada bahan sintetik atau hormon.


Wednesday, May 9, 2012

Zikrullah

Santapan rohani bagi menyucikan makam diri sendiri

Kita haruslah memperbanyakkan zikir harian agar dapat mendidik rohani kita yang telah sekian lama dinodai oleh iblis & syaitan. Sesungguhnya, nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "hendaklah lidah mu senantiasa basah dengan zikrullah".

Lihat sahaja para wali Allah yang telah meninggalkan kita, semua mereka amat menitik beratkan amalan yang disarankan oleh junjungan nabi Muhammad s.a.w demi menaikkan martabat ke makam yang lebih tinggi disisi Allah s.w.t. Ayuh, mari kita mulakan dari sekarang mudah2an agar ianya berkekalan & berterusan insyaAllah.... wassalam:)







Tuesday, March 6, 2012

Selawat Azimiyah

Salam all,

Maksud selawat azamiyah untuk perkongsian bersama:

1.Ya Allah, aku memohon kepada Mu dengan Nur Wajah Allah Yang Maha Agung
2. Yang memenuhi seluruh penjuru singgahsana Allah Yang Maha Agung
3. Berdiri denganNya seluruh Alam Allah Yang Maha Agung
4. Agar Engkau berselawat keatas penaung kami Muhammad yang memiliki kadar Yang Agung
5. Keatas keluarga nabi Allah yang Agung
6. Dengan kadar keagungan Zat Allah Yang Maha Agung
7. Pada setiap pandangan dan nafas, sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmu Allah Yang Maha Agung
8. Demi mentakzimkan hak dikau, wahai penaung kami, wahai Muhammad, wahai pemilik akhlak yang agung, dan kurniakanlah (Ya Allah) keatasnya salam serta keatas keluarganya seumpama itu
9. Dan himpunkanlah daku dengannya, sebagaimana Engkau menghimpunkan diantara roh dan an-nafs, secara zahir dan batin, ketika jaga dan tidur
10. Dan jadikanlah dia wahai Tuhan, sebagai roh bagi zatku dari segala wajah
11. Di dunia sebelum akhirat, wahai Yang Maha Agung






Mudah2an berguna untuk kita semua...InsyaAllah... Wassalam